Saturday, 27 October 2012

KEK PELANGI

BAHAN-BAHAN
250gm marjerin daisy
225gm gula aising
5 biji telur
225 gm tepung naik sendiri
3 jenis pewarna contoh,merah,hijau dan kuning


CARA-CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul marjerin daisy dan gula aising hingga kembang.
2.Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi secara perlahan.
3.Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit gaul hingga sebati atau rata.
4.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian  dan campurkan pewarna.
5.Masukkan adunan setiap warna ke dalam loyang dan lorekkan dengan lidi supaya dapat corak yang bercampuran
6.Akhir sekali bakar dengan suhu 180darjah celcius selama 30minit.

nota: Sekiranya anda tidak mahu bakar dalam loyang,boleh juga letak adunan dalam paper cup,buat macam cup cake, sekiranya tidak mahu warna contoh tadi,anda boleh guna warna lain,mengikut kritiviti masin-masing..selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment